Dulu, sewaktu kecil-kecil, tak pernah faham apa itu erti merdeka?
Sekarang pun, sama, ana tidak pernah faham erti merdeka. Bukan sebab tidak pernah menghayati. Ana cuba memahami seadanya bahawa negara kita ini merdeka. Tetapi, merdeka? tak faham...
Tetapi, baru-baru nie, berlakulah satu peristiwa yang membuatkan diri ini faham serba sedikit tentang merdeka. Masa tu, bulan ramadhan baru-baru nie. HEP memanggil semua pelajar ke dewan besar. Kami di fahamkan bahawa ada beberapa inidividu di dalam kolej tidak bertanggungjawab dan memotong bendera Malaysia (bukan yang besar tu...yang kecil-kecil tu... bersambung-sambung itu kan?).
Kononnya, individu tersebut memutuskan sambungan antara satu bendera kecil dengan bendera kecil yang lain. Pada pendapat semua orang (golongan muda,e.g pelajar), perkara itu mungkin tak disengajakan. Tetapi bagi mereka (golongan tua, e.g guru-guru etc.), perkara tersebut sebenarnya mematahkan hati mereka. Pada saat HEP menyatakan perasaan kecewanya, dia menangis. Terdetik di hati ana suatu perasaan yang membuatkan ana rasa yang tidak pernah timbul dalam diri ini. Rasa terharu akan semangat cinta akan negara tuan HEP ana.
Pada saat itulah, ana berasa bahawa dengan adanya golongan-golongan seperti ini, kemerdekaan yang kita ada pada masa ini terbela. Kemerdekaan yang ada ini dijaga dengan baik oleh mereka. Ana memang kagum dengan golongan tua ini.
Tetapi, jika kita lihat pada hari ini, golongan-golongan muda diluar sana membiarkan kemerdekaan ini berlalu pergi. Dengan mudahnya, kita membiarkan negara ini dijajah kembali, bukan secara fizikal, namun secara dalaman. Ana rasa kecewa kerana golongan muda-mudi macam ana ini dilalaikan dengan duniawi yang sedikit sebanyak membunuh akhlak kita.
Oleh itu, pada kesempatan ini, ana nak berpesan kepada sahabat-sahabat ana yang mungkin terbaca post ini, marilah kita semarakkan sambutan Kemerdekaan kita pada tahun ini. Kita perlulah menjaga amanat ini untuk kesenangan kita bersama. Ana juga berazam agar ana dapat berkhidmat dalam negara yang indah ini selepas ana habis belajar. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment